Istikharah Cinta by Cik Anis
Khamis, 2 Julai 2015 ? 0 Budak Comel ?
-Sinopsis-
“.......Kalau
niat abang nak ubah Najwa, abang lupakan saja. Bukan semudah itu Najwa akan
ikut kehendak abang.”.... “Aku sukakan dia lebih dari seorang kawan.” –Amilia
Najwa.
Amilia
Najwa, gadis hipster, pantang ditegur, penuh dengan keegoan namun siapa sangka,
dalam diam ada azam yang sedang digapai. Ada langkah yang sedang diatur. Dia
ingin berubah. Ya, berubah menjadi wanita solehah. Biar dia sahaja tahu
niatnya. Biar nanti dunia yang menilai. Biar dia yang merubah. Bukan orang
lain.
“Abang nak Najwa jadi macam Khazinatul Asrar,
jadi mawar yang berduri,cantik, tapi tak mudah disentuh.....”- Thaqif
Azhar. “Insyaallah.”
Thaqif
Azhar, seorang senior, lagaknya seperti abang melindungi adik kandungnya.
Begitu teliti menjaga perihal Najwa. Biarpun belum pernah bersua muka, dia
sudah jatuh cinta dengan kematangan gadis kecil itu.
“Abang,
Najwa suka dia..”
‘Najwa,
kenapa dirimu masih menanti dia yang tak pasti? Kenapa Najwa tak pernah nak
pandang abang?’
“Wawa,
kalau Fai nak masuk meminang Wawa, Wawa terima?”- Faiz Haqeem.
Orang
tua-tua kata,pilih orang yang boleh sayangkan kita. Sebab nanti dia boleh
bahagiakan kita. Tapi, cinta rupanya tak semudah itu. Dan percaturan hidup ini bukanlah
permainan semata. Bismillahirrahnirrahim. Dan istikharah cinta ini
bermula. Moga Allah bantu. Moga Allah beri dia yang terbaik untukku.
-PROLOG-
Pernah tak kau jatuh hati dengan orang yang
kau tak pernah sangka kau akan suka? Aku pernah.
Pernah tak kau terfikir yang kau nak sangat
bahagiakan dia , sedangkan dia yang kau sebut tak pernah sedar kewujudan kau?
Aku pernah. Peritnya rasa cinta tak berbalas. Aku rasa. Aku faham perasaan itu.
Tapi aku sendiri menolak cinta dia yang benar-benar ikhlas untuk melamarku. Aku
bingung. Runsing dengan hati sendiri. ‘Benar, jodoh itu ketentuan Allah. Tapi
kalau kau sendiri tak boleh nak buka pintu hati kau...macam mana kau nak tahu
dia boleh bahagiakan kau Amilia Najwa?’ Zarra, masih terngiang-ngiang nasihatmu.
Ah, susahnya. Rumit benar. Cinta itu kompleks. Bahkan lebih kompleks daripada
kisah percantuman DNA.
Buku Sebelum Aku Bernikah karya Hilal Asyraf
diletak kembali ke dalam rak buku. Mood untuk membaca melayang entah ke
mana. Amilia Najwa bangun melangkah ke ruang tamu. Langkahnya seperti orang
malas,dek kantuk yang masih tersisa.
“Haaa, dah bangun pun anak raja sorang ni.
Tuan Puteri, sekarang ni subuh lagi, nanti dah senja bangunlah,” perli Hajah
Asmah. Bukan dia tidak tahu anak dara sulungnya yang satu ini, memang dari
kecil susah hendak bangun pagi. Puas dia berteriak setiap pagi.
Amilia Najwa hanya menayang sengihan di
hadapan ibunya. Ah, bukan ibu tak kenal perangai dia.
“Sorry ibu, overslept.” Permintaan
maafnya hanya dibalas dengan keluhan Hajah Asmah.
“Kamu ni, esok esok dah nak balik Universiti,
bila lagi nak tolong ibu? Sebulan kamu dekat rumah ni..heisy, boleh kira ni
berapa banyak kamu tolong ibu,” rungut Hajah Asmah.
“Aip aip ibu, jangan mengungkit. Haha. Maafkan
Wawa, sebab Wawa tak dapat nak jadi anak yang baik untuk ibu, Wawa cuba ibu.
Wawa akan berubah. Ibu doakan Wawa eh.” Lantas pipi wajah tua itu dicium Amilia
Najwa dengan penuh kasih sayang. Tangan kanan Hajah Asmah dikucup lama tanpa
sebarang kata. Hiba. Perasaan bersalah menular dalam diri setelah mendengar
kata-kata ibunya.
‘Ya Allah, tangan inilah yang telah
membesarkan aku daripada kecil sampai besar. Tangan kecil inilah yang telah
mendidik aku menjadi hamba-Mu. Tangan kecil inilah yang menjaga perihal makan
pakaiku sehingga kini. Maka Engkau balaslah dengan syurga.’
“Okay, ibu nak masak apa hari ini? Meh sini
Wawa nak tolong masakkan.”
Wajah Hajah Asmah kelihatan berseri-seri
dengan pelawaan anaknya itu. Eh, tapi anak aku ni tahu memasak ke? “Kamu ni
reti ke memasak? Karang nanti kamu saja yang makan lauk-lauk tu haa..” Muncung
sedepa Amilia Najwa mendengar gurauan ibunya itu. Memang dia akui, dia tidak
handal memasak. Tapi bukan tak reti masak. Oh ibuku tersayang, jangan pandang
anakmu ini sebelah mata please.
-Bab 1-
Dari Abdullah
bin ‘Amr, Rasulullah SAW bersabda, “Dunia itu adalah kesenangan, dan
sebaik-baik kesenangan dunia adalah perempuan solehah.” 1
Usai mengaji, Al Quran pink pemeberian
arwah nenek itu Amilia letakkan semula ke dalam rak bukunya. Sudah menjadi
rutinnya mengaji setiap kali selepas solat, ataupun ketika ada waktu senggang.
Bagi Amilia Najwa, alunan ayat Al Quran dapat menenangkan hatinya. Teringat
pesan arwah nenek yang telah lama pergi menghadap Ilahi,
‘Selepas Subuh, jangan tidur. Rezeki tak masuk
nanti.’
‘Ala nenek, Wawa mengantuklah. Mak cakap lepas
solat Subuh Wawa boleh tidur balik. Ayah pun tak marah.’
‘Cucuku sayang, jangan jadi orang yang sombong
dengan Allah. Kenapa Wawa nak tolak pemberian Allah sedangkan setiap pagi
selepas terbitnya fajar, Allah menurunkan rezeki dan rahmatnya?’
Sentap. Lembut tapi tegas.
Setelah selesai bersiap, Amilia Najwa bergegas
ke kelas. Hari ini bermulalah sem baru bagi pelajar tahun pertama. Jam di
pergelangan tangan dilihat sekilas. Ah, sudah lambat. Langkah kakinya dipercepatkan
lagi. Terasa badannya sudah mengeluarkan rintik-rintik jernih. Biasalah,
menuntut ilmu di ibu kota. Pulau haba orang kata. Panas.
Dusshh! Alamak! Anak siapa pula aku langgar
pagi-pagi tak berapa nak buta ni? Papan lukis? Papan lukis bersaiz 80cm x 60cm
itu ditenung tidak percaya. Eh siapa pula bawa sketch board hari pertama
kelas ni? Dua tiga kali matanya terkedip-kedip. Perlahan-lahan dia menunduk, papan
lukis itu diserahkan kembali kepada pemiliknya. Sah, aku langgar budak archi.
“Sorry brother, saya tak sengaja.”
Amilia Najwa memberanikan diri memandang wajah orang yang dilanggarnya.
“It’s okay. My fault jalan tak tengok
depan.” Senyum. Oh my Godness! Eh silap, Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu.
Eh, Astaghfirullah.
‘Adik adik, nanti dekat universiti jangan nak
berangan nak terlanggar dengan jodoh, lepas tu kertas jatuh bertaburan sebab
sekarang assignment semua dalam pendrive....eh..mana ada pendrive,
kalau papan lukis yang jatuh, kira jodoh tak?
“Hello?” Amilia Najwa tersedar dari
lamunan.
“Kau dah kenapa Wawa, berangan apa tersengih-
sengih aku tengok dari tadi.”
“Zarra, aku rasa aku dah jatuh cintalah.”
Zarra Aisyah merenung Amilia Najwa meminta kepastian. Biar betul minah ni.
Matanya terkedip-kedip tidak percaya. Bukan senang sahabatnya yang satu ini nak
berbicara soal hati. Apa yang telah mengubah persepsi sahabatnya ini, dia
penasaran.
“Kau ni dah kena rasuk hantu ke apa? Tak ada
angin tak ada ribut tiba-tiba nak jatuh cinta ni? Mamat mana dah calit minyak
dagu dekat kau? Ish, risau aku.” Zarra Aisyah cuba memancing Amilia Najwa.
Namun soalannya hanya dibalas senyuman nakal oleh Amilia.
“Wawa, sharelah dengan aku. Bencilah
macam ni. Sikit-sikit nak berahsia.” Acah-acah merajuk Zarra tidak dilayan
Amilia Najwa. Dia sudah kenal benar perangai anak bongsu keturunan Jawa ini.
Mana reti nak merajuk. Sepanjang perkenalan mereka, Zarra tidak pernah
menyakitkan hatinya. Rajuknya pula tidak sampai seminit.
“Wawa...” Zarra memuncungkan mulutnya sedepa.
Tidak puas hati apabila pertanyaannya tidak dijawab.
“Nantilah aku cerita.”
Ammar Hazim melabuhkan punggung setelah
sepinggan nasi putih berlaukkan ayam goreng selamat mendarat di atas meja.
Perutnya sudah berkeroncong menahan lapar dari tadi. Padan muka. Siapa suruh
tidur mati. Buka mata sahaja matahari sudah terpacak atas kepala. Subuh? Nasib
baik ada kawan prihatin tolong kejutkan.
“Woi, kau baca bismillah ke tidak ni?
Laju bebenor kau makan.” Syarif sahabat karibnya menegur.
“Dah.”
Ammar Hazim meneruskan aktiviti makannya tanpa
mempedulikan Syarif di hadapan. Sorry kawan. Gua lapar tahap dewa langit
turun bumi tak jumpa makanan. Okay, hambar.
“ Bro, perlahanlah sikit makan tu. Karang
tercekik tulang ayam, aku jugak yang kau nak susahkan nanti.”
Ammar Hazim melihat sahabatnya sekilas, “Aku
laparlah. Kau macam tak kenal aku. Pagi tadi tak sempat sarapan. Semalam tak dinner.”
Syarif hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Ammar
Hazim. Tahu dah, ini mesti kes bangun lewat macam selalu. Ingatkan bila dah
masuk Universiti nak berubah. Dia sudah kenal benar sahabat seorang ini.
Tidurnya mati. Bila dikejut, kita pula yang dimarahnya. Agaknya, kalau Mahallah
Abu Bakar ini terbakar pun dia tak sedar.
“Apek, asal kau lambat masuk kelas tadi eh?”
Mulut Ammar Hazim berhenti mengunyah. Otaknya
tiba-tiba mengimbas kejadian pagi tadi.
“Accident.”
Dia menjawab sepatah.
Puihh.
Tersembur air yang tak sempat ditelan Syarif. Terkejut mendengar sahabatnya
kemalangan. Dek rasa bersalah, cepat-cepat dia memohon maaf.
“Syarif,
kau dah kenapa sembur makanan aku? Aiyaa, aku makan tak habis lagi ni.” Ammar
Hazim tidak puas hati. Tangannya sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Di
dalam pinggannya sudah bertambah perasa ‘kuah’ sirap asli berwarna merah. Mati
selera aku. Hendak marah, dia tahu dia salah. Niatnya cuma ingin bergurau
dengan Syarif.
“Aku
betul-betul minta maaf bro. Aku tak sengaja. Kau nak aku ganti makanan
kau ke? Tapi kau accident dekat mana? Eh, sejak bila pula kau bawa
kereta dekat kampus ni Hazim ? Eh pening aku.”
“
Satu-satulah tanya. Kau ingat aku robot ke apa? Tak payah ganti. Simpan saja
duit kau tu buat belanja aku lain kali. Haha. Aku mana bawa masuk kereta bijak.
Aku langgar orang tadi.” Jawab Ammar Hazim bersahaja.
“Kau
tak bawa kereta, tapi kau langgar orang?” kening Syarif sudah berkerut seribu
meminta penjelasan. Susah betul ada kawan lambat pick up ni.
“Kau makan sajalah senyap-senyap. Aku
langgar sister mana entah. Kelam kabut sebab dah lambat nak ke kelas.
Hari pertama kelas dah jadi macam ini.” Ammar Hazim melepaskan keluhan panjang.
“Kau
langgar jodoh ke?Hahahahaha. Kau ni, dah ada mata empat pun boleh langgar orang
lagi.” Pecah ketawa Syarif mendengar penjelasan sahabatnya itu.
“Banyaklah
kau punya jodoh,” Ammar Hazim ketawa lucu mendengar kata-kata kawannya. Mana
mungkin perempuan, baru langgar sekali dah dikira jodoh. Typical university
student.
‘Manalah
tahu, kalau-kalau sister itu boleh jadi jodoh kau. Aku tumpang gembira.
Kau sampai bila nak single Apek, aku nak juga tengok kau happy ada
awek.’Syarif hanya tersenyum-senyum di hadapan Ammar Hazim. Kata-katanya hanya
tersekat di kerongkong.
“Kau
habiskan makanan kau itu cepat-cepat. Dah lambat ni nak solat Zuhur, nanti
pukul 2 ada kelas dengan Madam Adila pula.” Sambung Ammar Hazim sambil
menjeling Syarif yang sedang enak menikmati hidangan tengah harinya. Sudah dia
agak Si Syarif ini akan merepek. Syarif, syarif..nasib baik kau kawan baik aku.
“Sorry
bro kau yang ada kelas, aku free petang ni.” Syarif membetulkan ayat Ammar
Hazim. Sudah nyanyuk rupanya kawan aku seorang ini. Baru langgar sister,
kalau langgar tiang..hmm. Kalau kena langgar? Fuh, mesti lagi teruk penyakitnya
nanti.
Ammar
Hazim menepuk dahi. Lupa. ‘Alamak lupa pula, sem ini dah tak sekelas dengan
beruk ni.’ Dia tersengih sambil menunjukkan barisan gigi yang cantik tersusun
rapi. Trademark katanya.