ImPiAn
Sabtu, 8 Februari 2014 ? 0 Budak Comel ?
Hello earthlinks :) Assalamualaikum,...after a long time,tetiba terasa macam nak menulis balik..Hurmm,tapi hari ni rasa macam tak sihat sikit.Entah kenapa pun tak tahu.Haiyaa,pening kepala fikir masalah datang tak henti-henti <--macam orang besar dah..haha
Well,big problem!! Antara impian,restu,cita-cita dan tanggungjawab..betul2 dah buat aku tak boleh nak fikir.Hidup oh hidup,masa nieh baru aku tahu susahnya hidup kalau tak ada duit.Impian aku nak sambung belajar dekat luar negara dari kecil lagi..bila tengok orang dapat sambung belajar dekat luar rasa macam best tahap giga and aku pun mula tanam cita-cita nak kejar impian aku sampai boleh pergi negara orang untuk belajar sama.
Dan sekarang when the time has come,rasa macam serba salah pula.Aku ada mohon dengan mymedic2u untuk sambung dalam bidang medic.So,dapatlah surat tawaran sementara ke universiti dekat Russia (aq tak reti nak sebut nama universiti tuu,haha). Masalah sekarang,tahun pertama memang kena pakai duit sendiri.Mana aku nak cari USD 39000 untuk bayar yuran pengajian???Sebenarnya tak adalah big problem sangat pun bila orang mymedic2u tu cakap aku boleh tukar universiti ke Turki,sebab universiti kat Turki boleh mohon biasiswa..bila dah separuh jalan mohon,my parents macam tak berapa nak setuju pulak dengan keputusan aku nieh..Alahai hidup..mak cakap,bukan sebab biasiswa tapi takut nanti aku tak cukup duit nak makan..( sayang juga mak kat aku), rasa macam nak meleleh air mata dengar mak cakap<-- sensitif,huh!
Seriously,sebenarnya aku tak pernah terfikir pasal tak cukup duit nak makan..Dan aku tak pernah kisah pun kalau tak cukup duit nak makan.Aku anak sulung,dah biasa buat semua benda sendiri.Aku tahu berdikari.Aku tak tahu patut teruskan permohonan nieh ataupun batalakn saja..Kalau aku dapat nanti,takut orang dekat rumah risau,tapi diri aku macam mana? Impian aku? Cita2 aku?