Success is normally found in a pile of mistakes ~ You can't attain success if you are afraid of failing again
Sweety Blog


kIsAh AlEyA ( episode 1 )
Selasa, 30 Ogos 2011 ? 0 Budak Comel ?

Kisah ini bukan  kisah cinta, tetapi kisah tentang perasaan seorang gadis yang penuh dengan pengharapan.Alkisahnya bermula bila gadis ni kenal seorang mamat nieh..alahai,susah betollah nak cerita..dipendekkan cerita,nama gadis tu Aleya,yang si mamat tadi tu pula nama dia Fazrin.Aleya ni memang seorang yang mudah cair.Nak dijadikan cerita,Aleya tersalah tegur orang di Facebook.Muhammad Khairul Ikhwan! Ingatkan kawan,rupanya abang senior dya.Fazrin lah tu..Alahai,malu..malu..untung yang di depan bukan orangnya,tapi Cuma laptop pinjaman sepupu yang murah hati.Itulah,kan dah kena.Tegur tak pakai helmet..Hmmm..
               Perkenalan singkat tu tak terhenti di situ.Aleya dan Fazrin sering berhubung melalui e-mel dan telefon.Kejujuran dan keikhlasan yang ditunjukkan Fazrin telah membuat Aleya terpesona dan dalam diam-diam Aleya menyimpan perasaan terhadap Fazrin.Perkenalan Aleya dengan Fazrin sedikit sebanyak telah merubah dirinya daripada jahil menjadi baik.Solatnya yang dulu dibuat endah tak endah cuba dipenuhkan setelah mengenali Fazrin.Banyak lagi perubahan yang Aleya alami setelah mengenali Fazrin.
               Aleya sedar,rasa kasihnya terhadap Fazrin perlu dijaga dan dipelihara.Pada mulanya,Aleya hanya menganggap Fazrin sebagai seorang senior yang baik hati,namun tanggapannya berubah setelah kebaikan demi kebaikan yang ditunjukkan Fazrin terhadapnya…Setelah itu,Aleya mula menganggap Fazrin seperti  abang kandung sendiri kerana Aleya tidak pernah punya abang.Aleya selalu berdoa agar perhubungan ini selalu dipelihara oleh Allah,biar jauh dari godaan syaitan laknatullah..Aleya juga sempat takut kalau-kalau persaannya terhadap Fazrin akan merosakkan ukhuwah yang mereka bina.Karna Aleya sedar,Fazrin adalah satu-satunya orang yang bisa membawa dya ke landasan Allah saat ini.
              Apa yang ditakutkan Aleya benar-benar terjadi saat Fazrin meluahkan isi hatinya untuk melamar seorang perempuan yang turut dikenalinya.Pedih benar jika cinta ini tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.Saat itu,perasaan cemburu Aleya meluap-luap.Kelembutan Aleya hilang sebentar dibawa pergi bersama perasaan kasih yang tidak kesampaian.Sakitnya hati Aleya tuhan sahaja yang tahu tika Fazrin sering bercerita tentang permpuan itu.Cemburu itu cuba ditahan sekuat mungkin.Namun,sebagai seorang perempuan yang memang fitrahnya kuat cemburu,Aleya gagal.Lantas perhubungan mereka terhenti di sini.
               Berbulan Aleya menyepikan diri.Biarpun begitu,Aleya masih tidak dapat melupakan Fazrin.Aleya cuba untuk menasihati dirinya sendiri.Bahkan dia juga sedar,jurang antara dia dengan Fazrin sangat besar.Fazrin seorang mahasiswa university yang akan menamatkan pengajian tidak lama lagi.Sedangkan dia,PMR pun belum lepas lagi.Lima tahun jurang umur mereka sudah cukup menyedarkan Aleya untuk berhenti mengharapkan kasih Fazrin namun hati ini degil untuk menerima faktanya.Kata hati,cinta tidak mengenal usia.Kata hati,cinta itu buta.Cinta itu segalanya.Cinta bisa bikin orang menangis,ketawa,suka malah ada yang menderita kerananya.Siapa yang memilih untuk mencintai,maka itulah yang sedang dia rasakan.
                Tidak lama selepas itu.Aleya dan Fazrin bersatu lagi dalam laman facebook sebagai …… dan …. . Baru sahaja Aleya menghapuskan segala kenangan tentang Fazrin,.mungkin kehendakNya…Berita tentang perpisahan Fazrin dengan perempuan itu entah mengapa sangat menyenangkan hati Aleya.,saat itu Aleya merasa sangat bahagia kerana memiliki abangnya kembali.Saat itu juga,perasaan cinta yang ditanam selama ini hilang dibawa pergi….huh,lega banget! Ini yang sebenarnya Aleya inginkan.Sebuah perhubungan tanpa gangguan perasaan.Ikhlas.Jujur.Ahhh.Selama perkenalan mereka,Aleya dan Fazrin tidak pernah berjumpa.Berita tentang rancangan kedatangan Fazrin ke pusat pengajian Aleya membuat hatinya melonjak gembira.Siapa tak suka kalau pujaan hati bertamu di depan mata??Aleya mula menghitung hari menanti detik itu tiba…. JL


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post