Success is normally found in a pile of mistakes ~ You can't attain success if you are afraid of failing again
Sweety Blog


Cheap instant shawl open for pre order
Isnin, 18 April 2016 ? 0 Budak Comel ?
It's been a while since my last post. I thought i'm not going to write again. Foundation year really turned me into a very busy person in the world. Besides, i'm working on my new business lately. Say Yeay!

I'm 20, and still doing my foundation. While most of my friends are entering their second year degree. Haha. WHAT A MESS! :') Well, we planned, but He knows better. So stay chill. Live your life to the fullesttttt yeeehhaaa. Alhamdulillah, this September i will further my degree. Hopefully i get the best course. Wish me luck :)

So, since this is my last semester, so there will be a long long vacation until my degree offer fly to my mail box. Therefore, i'm planning to continue with my instant  shawl business instead of dying of boredom in the house yo! Hey, come and support me! I have the best price for you. I'll make sure you will be satisfied. I make the best 'kelim' (i guess so, my friends said that, not me). And, yes, no leftover threads like other cheap shawl you bought at masjid India or night market. What's more, you can choose the colour, and i'll try to find it for you. Just drop your order. It's still open for the eve. :)

Instant shawl
heavy chiffon : 1 for RM 17 buy 3 for ONLY RM 45
Bubble/ glitter : 1 for RM 22, 3 for ONLY RM 60

Labuh version
Length : 2.00 m
Wide : 0.76 m

Standard version
Length : 1.75 m
Wide : 0.76 m

*i will upload the picture later :) See ya*


Thanks for reading :)


Istikharah Cinta by Cik Anis
Khamis, 2 Julai 2015 ? 0 Budak Comel ?
-Sinopsis-
            “.......Kalau niat abang nak ubah Najwa, abang lupakan saja. Bukan semudah itu Najwa akan ikut kehendak abang.”.... “Aku sukakan dia lebih dari seorang kawan.” –Amilia Najwa.
            Amilia Najwa, gadis hipster, pantang ditegur, penuh dengan keegoan namun siapa sangka, dalam diam ada azam yang sedang digapai. Ada langkah yang sedang diatur. Dia ingin berubah. Ya, berubah menjadi wanita solehah. Biar dia sahaja tahu niatnya. Biar nanti dunia yang menilai. Biar dia yang merubah. Bukan orang lain.
“Abang nak Najwa jadi macam Khazinatul Asrar, jadi mawar yang berduri,cantik, tapi tak mudah disentuh.....”- Thaqif Azhar.  “Insyaallah.”
            Thaqif Azhar, seorang senior, lagaknya seperti abang melindungi adik kandungnya. Begitu teliti menjaga perihal Najwa. Biarpun belum pernah bersua muka, dia sudah jatuh cinta dengan kematangan gadis kecil itu.
            “Abang, Najwa suka dia..”
            ‘Najwa, kenapa dirimu masih menanti dia yang tak pasti? Kenapa Najwa tak pernah nak pandang abang?’
            “Wawa, kalau Fai nak masuk meminang Wawa, Wawa terima?”- Faiz Haqeem.
            Orang tua-tua kata,pilih orang yang boleh sayangkan kita. Sebab nanti dia boleh bahagiakan kita. Tapi, cinta rupanya tak semudah itu. Dan percaturan hidup ini bukanlah permainan semata. Bismillahirrahnirrahim. Dan istikharah cinta ini bermula. Moga Allah bantu. Moga Allah beri dia yang terbaik untukku.






-PROLOG-
Pernah tak kau jatuh hati dengan orang yang kau tak pernah sangka kau akan suka? Aku pernah.
Pernah tak kau terfikir yang kau nak sangat bahagiakan dia , sedangkan dia yang kau sebut tak pernah sedar kewujudan kau? Aku pernah. Peritnya rasa cinta tak berbalas. Aku rasa. Aku faham perasaan itu. Tapi aku sendiri menolak cinta dia yang benar-benar ikhlas untuk melamarku. Aku bingung. Runsing dengan hati sendiri. ‘Benar, jodoh itu ketentuan Allah. Tapi kalau kau sendiri tak boleh nak buka pintu hati kau...macam mana kau nak tahu dia boleh bahagiakan kau Amilia Najwa?’ Zarra, masih terngiang-ngiang nasihatmu. Ah, susahnya. Rumit benar. Cinta itu kompleks. Bahkan lebih kompleks daripada kisah percantuman DNA.
Buku Sebelum Aku Bernikah karya Hilal Asyraf diletak kembali ke dalam rak buku. Mood untuk membaca melayang entah ke mana. Amilia Najwa bangun melangkah ke ruang tamu. Langkahnya seperti orang malas,dek kantuk yang masih tersisa.
“Haaa, dah bangun pun anak raja sorang ni. Tuan Puteri, sekarang ni subuh lagi, nanti dah senja bangunlah,” perli Hajah Asmah. Bukan dia tidak tahu anak dara sulungnya yang satu ini, memang dari kecil susah hendak bangun pagi. Puas dia berteriak setiap pagi.
Amilia Najwa hanya menayang sengihan di hadapan ibunya. Ah, bukan ibu tak kenal perangai dia.
“Sorry ibu, overslept.” Permintaan maafnya hanya dibalas dengan keluhan Hajah Asmah.
“Kamu ni, esok esok dah nak balik Universiti, bila lagi nak tolong ibu? Sebulan kamu dekat rumah ni..heisy, boleh kira ni berapa banyak kamu tolong ibu,” rungut Hajah Asmah.
“Aip aip ibu, jangan mengungkit. Haha. Maafkan Wawa, sebab Wawa tak dapat nak jadi anak yang baik untuk ibu, Wawa cuba ibu. Wawa akan berubah. Ibu doakan Wawa eh.” Lantas pipi wajah tua itu dicium Amilia Najwa dengan penuh kasih sayang. Tangan kanan Hajah Asmah dikucup lama tanpa sebarang kata. Hiba. Perasaan bersalah menular dalam diri setelah mendengar kata-kata ibunya. 
‘Ya Allah, tangan inilah yang telah membesarkan aku daripada kecil sampai besar. Tangan kecil inilah yang telah mendidik aku menjadi hamba-Mu. Tangan kecil inilah yang menjaga perihal makan pakaiku sehingga kini. Maka Engkau balaslah dengan syurga.’
“Okay, ibu nak masak apa hari ini? Meh sini Wawa nak tolong masakkan.”
Wajah Hajah Asmah kelihatan berseri-seri dengan pelawaan anaknya itu. Eh, tapi anak aku ni tahu memasak ke? “Kamu ni reti ke memasak? Karang nanti kamu saja yang makan lauk-lauk tu haa..” Muncung sedepa Amilia Najwa mendengar gurauan ibunya itu. Memang dia akui, dia tidak handal memasak. Tapi bukan tak reti masak. Oh ibuku tersayang, jangan pandang anakmu ini sebelah mata please.
















-Bab 1-
Dari Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah SAW bersabda, “Dunia itu adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah perempuan solehah.” 1
Usai mengaji, Al Quran pink pemeberian arwah nenek itu Amilia letakkan semula ke dalam rak bukunya. Sudah menjadi rutinnya mengaji setiap kali selepas solat, ataupun ketika ada waktu senggang. Bagi Amilia Najwa, alunan ayat Al Quran dapat menenangkan hatinya. Teringat pesan arwah nenek yang telah lama pergi menghadap Ilahi,
 ‘Selepas Subuh, jangan tidur. Rezeki tak masuk nanti.’
‘Ala nenek, Wawa mengantuklah. Mak cakap lepas solat Subuh Wawa boleh tidur balik. Ayah pun tak marah.’
‘Cucuku sayang, jangan jadi orang yang sombong dengan Allah. Kenapa Wawa nak tolak pemberian Allah sedangkan setiap pagi selepas terbitnya fajar, Allah menurunkan rezeki dan rahmatnya?’
Sentap. Lembut tapi tegas.
Setelah selesai bersiap, Amilia Najwa bergegas ke kelas. Hari ini bermulalah sem baru bagi pelajar tahun pertama. Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas. Ah, sudah lambat. Langkah kakinya dipercepatkan lagi. Terasa badannya sudah mengeluarkan rintik-rintik jernih. Biasalah, menuntut ilmu di ibu kota. Pulau haba orang kata. Panas.
Dusshh! Alamak! Anak siapa pula aku langgar pagi-pagi tak berapa nak buta ni? Papan lukis? Papan lukis bersaiz 80cm x 60cm itu ditenung tidak percaya. Eh siapa pula bawa sketch board hari pertama kelas ni? Dua tiga kali matanya terkedip-kedip. Perlahan-lahan dia menunduk, papan lukis itu diserahkan kembali kepada pemiliknya. Sah, aku langgar budak archi.
Sorry brother, saya tak sengaja.” Amilia Najwa memberanikan diri memandang wajah orang yang dilanggarnya.
It’s okay. My fault jalan tak tengok depan.” Senyum. Oh my Godness! Eh silap, Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu. Eh, Astaghfirullah.
‘Adik adik, nanti dekat universiti jangan nak berangan nak terlanggar dengan jodoh, lepas tu kertas jatuh bertaburan sebab sekarang assignment semua dalam pendrive....eh..mana ada pendrive, kalau papan lukis yang jatuh, kira jodoh tak?
Hello?” Amilia Najwa tersedar dari lamunan.
“Kau dah kenapa Wawa, berangan apa tersengih- sengih aku tengok dari tadi.”
“Zarra, aku rasa aku dah jatuh cintalah.” Zarra Aisyah merenung Amilia Najwa meminta kepastian. Biar betul minah ni. Matanya terkedip-kedip tidak percaya. Bukan senang sahabatnya yang satu ini nak berbicara soal hati. Apa yang telah mengubah persepsi sahabatnya ini, dia penasaran.
“Kau ni dah kena rasuk hantu ke apa? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak jatuh cinta ni? Mamat mana dah calit minyak dagu dekat kau? Ish, risau aku.” Zarra Aisyah cuba memancing Amilia Najwa. Namun soalannya hanya dibalas senyuman nakal oleh Amilia.
“Wawa, sharelah dengan aku. Bencilah macam ni. Sikit-sikit nak berahsia.” Acah-acah merajuk Zarra tidak dilayan Amilia Najwa. Dia sudah kenal benar perangai anak bongsu keturunan Jawa ini. Mana reti nak merajuk. Sepanjang perkenalan mereka, Zarra tidak pernah menyakitkan hatinya. Rajuknya pula tidak sampai seminit.
“Wawa...” Zarra memuncungkan mulutnya sedepa. Tidak puas hati apabila pertanyaannya tidak dijawab.
“Nantilah aku cerita.”


Ammar Hazim melabuhkan punggung setelah sepinggan nasi putih berlaukkan ayam goreng selamat mendarat di atas meja. Perutnya sudah berkeroncong menahan lapar dari tadi. Padan muka. Siapa suruh tidur mati. Buka mata sahaja matahari sudah terpacak atas kepala. Subuh? Nasib baik ada kawan prihatin tolong kejutkan.
“Woi, kau baca bismillah ke tidak ni? Laju bebenor kau makan.” Syarif sahabat karibnya menegur.
“Dah.”
Ammar Hazim meneruskan aktiviti makannya tanpa mempedulikan Syarif di hadapan. Sorry kawan. Gua lapar tahap dewa langit turun bumi tak jumpa makanan. Okay, hambar.
“ Bro, perlahanlah sikit makan tu. Karang tercekik tulang ayam, aku jugak yang kau nak susahkan nanti.”
Ammar Hazim melihat sahabatnya sekilas, “Aku laparlah. Kau macam tak kenal aku. Pagi tadi tak sempat sarapan. Semalam tak dinner.”
Syarif hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Ammar Hazim. Tahu dah, ini mesti kes bangun lewat macam selalu. Ingatkan bila dah masuk Universiti nak berubah. Dia sudah kenal benar sahabat seorang ini. Tidurnya mati. Bila dikejut, kita pula yang dimarahnya. Agaknya, kalau Mahallah Abu Bakar ini terbakar pun dia tak sedar.
“Apek, asal kau lambat masuk kelas tadi eh?”
Mulut Ammar Hazim berhenti mengunyah. Otaknya tiba-tiba mengimbas kejadian pagi tadi.
            “Accident.” Dia menjawab sepatah.   
            Puihh. Tersembur air yang tak sempat ditelan Syarif. Terkejut mendengar sahabatnya kemalangan. Dek rasa bersalah, cepat-cepat dia memohon maaf.
            “Syarif, kau dah kenapa sembur makanan aku? Aiyaa, aku makan tak habis lagi ni.” Ammar Hazim tidak puas hati. Tangannya sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Di dalam pinggannya sudah bertambah perasa ‘kuah’ sirap asli berwarna merah. Mati selera aku. Hendak marah, dia tahu dia salah. Niatnya cuma ingin bergurau dengan Syarif.
            “Aku betul-betul minta maaf bro. Aku tak sengaja. Kau nak aku ganti makanan kau ke? Tapi kau accident dekat mana? Eh, sejak bila pula kau bawa kereta dekat kampus ni Hazim ? Eh pening aku.”
            “ Satu-satulah tanya. Kau ingat aku robot ke apa? Tak payah ganti. Simpan saja duit kau tu buat belanja aku lain kali. Haha. Aku mana bawa masuk kereta bijak. Aku langgar orang tadi.” Jawab Ammar Hazim bersahaja.
            “Kau tak bawa kereta, tapi kau langgar orang?” kening Syarif sudah berkerut seribu meminta penjelasan. Susah betul ada kawan lambat pick up ni.
            “Kau makan sajalah senyap-senyap. Aku langgar sister mana entah. Kelam kabut sebab dah lambat nak ke kelas. Hari pertama kelas dah jadi macam ini.” Ammar Hazim melepaskan keluhan panjang.
            “Kau langgar jodoh ke?Hahahahaha. Kau ni, dah ada mata empat pun boleh langgar orang lagi.” Pecah ketawa Syarif mendengar penjelasan sahabatnya itu.
            “Banyaklah kau punya jodoh,” Ammar Hazim ketawa lucu mendengar kata-kata kawannya. Mana mungkin perempuan, baru langgar sekali dah dikira jodoh. Typical university student.
            ‘Manalah tahu, kalau-kalau sister itu boleh jadi jodoh kau. Aku tumpang gembira. Kau sampai bila nak single Apek, aku nak juga tengok kau happy ada awek.’Syarif hanya tersenyum-senyum di hadapan Ammar Hazim. Kata-katanya hanya tersekat di kerongkong.
            “Kau habiskan makanan kau itu cepat-cepat. Dah lambat ni nak solat Zuhur, nanti pukul 2 ada kelas dengan Madam Adila pula.” Sambung Ammar Hazim sambil menjeling Syarif yang sedang enak menikmati hidangan tengah harinya. Sudah dia agak Si Syarif ini akan merepek. Syarif, syarif..nasib baik kau kawan baik aku.
            “Sorry bro kau yang ada kelas, aku free petang ni.” Syarif membetulkan ayat Ammar Hazim. Sudah nyanyuk rupanya kawan aku seorang ini. Baru langgar sister, kalau langgar tiang..hmm. Kalau kena langgar? Fuh, mesti lagi teruk penyakitnya nanti.
            Ammar Hazim menepuk dahi. Lupa. ‘Alamak lupa pula, sem ini dah tak sekelas dengan beruk ni.’ Dia tersengih sambil menunjukkan barisan gigi yang cantik tersusun rapi. Trademark katanya.






Thanks for reading :)


District 13, class the 13th :)
Ahad, 28 September 2014 ? 0 Budak Comel ?
Assalamualaikum readers :)
 Yeay! Its about the end of semester 1 in UIA PJ. I'm so glad that i can go home and spend time again with my mak, abah and lovely adiks. However, I have to sit for few examinations before that. Hhuhu..soo takut. Coz i know i don't really preapare for this coming exam. Tomorrow will be EPT(English Placement Test) followed by APT(Arabic Placement Test) and Fardhu Ayn the next day. Mak, abah, friends...i need your dua'. These three exam will later determine whether i have to repeat the same paper(for fardhu ayn) or exit or up to level 2 for APT. I'm so nervous to know the results. Haha.

Since sem 1 is going to its end.....i would like to share a lot of things, moments, memories about Us. The District 13. The're my classmate, my friends, my love, my reasons why i still here. Thank you very much for being the great over the greatest friends i ever have. Even though we just met 3 month..we can live like siblings, support , tease, teach and love each other. OMO, i'm so sad that we're not gonna be in the same group in the next semester. It feels like urgggg.....Nevertheless, i hope we still together. Again, thanks a lot for made my days here full of colors and laugh.

the first picture of us i think. Capture by Brother mana entah. By Ipad mini-mia punya.


While waiting for bus,we were heading to KFC.
Farewell. Mia was going to leave us.

Us. Ladies.Sisters.Love uolls.

Tak tau nak kata apa daaaa~

Add caption

Last day of our Arabic class with ustaz Naqi.
Thank you ustaz for being so patient teaching us. Kindergarten students.

Seman bajet semaatt.

These are the only brother among the sisters.

Once friend,forever friend.Insya allah.

May our friendship last forever.Hope so. Even though we have to be separated, we're still in the same campus. La tahzan ya asdiqaie....we still can meet each other,spend time together like we used to.


Thanks for reading :)


Selasa, 26 Ogos 2014 ? 0 Budak Comel ?

السلامعليكم ورحمت الله وبركته

بسم الله الرحمن االرحم

Heya earthlinks..miss me?? Haha, perasan! Memang tak la kan..Siapalah aku untuk dirindui dan merindui..Hakktuih!(ludah2 ke sinki) bhahahaha~
Well, it has been a while since my last update. I thought i will not write again but, when i see my 'mommy' is bloggin.......hmmm, perasaan itu membuak-buak untuk menulis kembali. Heisy, apa aku merepek ni?

Pejam celik-pejam celik <---cewah! dah nak habis satu semester pun aku di sini. Says, Alhamdulillah! Huhu,tapikan..tapikan uolls, esok i have IGA for my APT which means Arabic Placement Test.Maka dengan itu, hamba yang telah berusaha sejak di bangku sekolah menengah untuk mengelak dari belajar bahasa Al-Quran ini tidak boleh lari ke mana2 lagi..Maka dengan itu, mulalah pengajian hamba di sini dengan subjek bahasa arab yang grrrrrr..malunya sebab tak belajar awal derrr..Sumpah I will not show my arabic book to my little brother and sister..sah2 kena gelak! Dush dush!! <--- troll face please! Ouch ;)

Syukur sangat2 dapat study dekat UIA PJ yang gemilang terbilang nieh..bhaha the gate of garden and knowledge gitu~~ Kau ade??Hmm...nama saja UIA,but so far classmate and roommate aku tak adalah nerdies macam yang aku bayangkan..Dan tak pula aku tetiba balik jadi ustazah yang penuh tawaduk jak jumpa mak bapak raya haritu..Hehe. Walaupun impian nak fly ke overseas tu tak tercapai, aku terima dengan redha..siapalah kita nak menolak ketentuannya..

Kita manusia hanya merancang,tetapi yang berhak menentukannya hanyalah Dia.Mungkin apa yang kita harapkan selama ini bukan yang terbaik.Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya, In sya Allah. -___- [smile]

So tonight, i would like to introduce my pretty precious roommates ever..tadaaaaaaa


and also my superb stylista daebak classmates :) :) muahmuahmuah

budak2 ni mimtak duit raya dekat madam tak ajak aku..sungguh tak aci! :/
[muka tak puas hati]

First raya celebration 
G13, LQM068
I did enjoy the food....

We come from different states,with different family background..but yet we manage to 





Thanks for reading :)


CFS IIUM 14/15
Khamis, 12 Jun 2014 ? 0 Budak Comel ?
Assalamualaikum. Hello earthlinks. Jyeah, hari genap 6 hari aku jadi pelajar CFS IIUM Petaling Jaya.Haa, jadi hari ni nak ambil kesempatan sikit.Kita story mory pasal CFS mau?
First of all,perasaaan memang excited,dengan mata kelip2 tengok skrin laptop.
"tahniah, anda berjaya ditawarkan ke UIAM.
kursus : asasi sains hayat"
Alhamdulillah Ya Allah.Walaupun tak dapat kursus yang dipohon (asasi perubatan) [sebab tak dapat straight A's :'( ]
So, by the date of 8 Jun 2014 mulalah kaki ini memijak bumi CFS, The Garden Of Knowledge and Virtue. Dan,bagi manusia yang tak berapa Islamik macam aku ni,agak susah nak follow kawan-kawan yang kebanyakannya bertutup litup,sopan.Tapi tak apa.Insyaallah,kita slow2 kan..

CFS PJ ni dekat sangat dengan PPUM(Pusat Perubatan Universiti Malaya).Maka dengan itu,hari2 anda akan dengar bunyi ambulan.Yaya,take note eh..Hari2 manusia jatuh sakit.Maka, bunyi ambulan itu normal.Hah,apa aku merepek nieh.Hehe,sorry :3

Sepanjang Taaruff Week ni,atau dalam bahasa melayunya minggu orientasi..dapatla aku stroll around,pusing2 cfs yang rupa-rupanya banyak sungguh tangga.(Raya ni boleh pakai kebaya)......
Jadi,pasal asrama ada 3 untuk perempuan dan 3 untuk lelaki. 

Perempuan :
1) Mahallah Khadijah (KC) -..- ini satu2nya mahallah yang ada elevator.Untungnya penduduk KC ni kan3?Kawan aku intan suhana,bertuah jadi warga KC.
2) Mahallah Zainab Jaisy (ZC) ;) aku suka gila singgah makan di zc.Banyak pilihan.Paling best,air boleh serve sendiri.huhuhuhuhu~~
3) Mahallah Aisyah >>> inilah mahallah aku.Sorry tak ada gambar nak tunjuk.Walaupun agak jauh dari semua bangunan,seronok tinggal di mahallah aisyah sebab makanan dekat kafe murah.Boleh jimat duit.Hehe.

Lelaki :
1) Mahallah Fatimah Az-Zahra betul2 dekat pintu pagar masuk.
2) Mahallah Umar Al Khatab 
3) Mahallah Abu Bakar

psss:// sorry, pasal mahallah lelaki aku tak ambil tahu.

arinah(sabah),me(kedah),aisyah(selangor),nisha(perak)




These are my roommate.Walaupun tak sampai seminggu rasa rapat...The're awesome,funny. #banyakgelak. #astaghfirullah


Thanks for reading :)


ImPiAn
Sabtu, 8 Februari 2014 ? 0 Budak Comel ?
Hello earthlinks :) Assalamualaikum,...after a long time,tetiba terasa macam nak menulis balik..Hurmm,tapi hari ni rasa macam tak sihat sikit.Entah kenapa pun tak tahu.Haiyaa,pening kepala fikir masalah datang tak henti-henti <--macam orang besar dah..haha

Well,big problem!! Antara impian,restu,cita-cita dan tanggungjawab..betul2 dah buat aku tak boleh nak fikir.Hidup oh hidup,masa nieh baru aku tahu susahnya hidup kalau tak ada duit.Impian aku nak sambung belajar dekat luar negara dari kecil lagi..bila tengok orang dapat sambung belajar dekat luar rasa macam best tahap giga and aku pun mula tanam cita-cita nak kejar impian aku sampai boleh pergi negara orang untuk belajar sama.
Dan sekarang when the time has come,rasa macam serba salah pula.Aku ada mohon dengan mymedic2u untuk sambung dalam bidang medic.So,dapatlah surat tawaran sementara ke universiti dekat Russia (aq tak reti nak sebut nama universiti tuu,haha). Masalah sekarang,tahun pertama memang kena pakai duit sendiri.Mana aku nak cari USD 39000 untuk bayar yuran pengajian???Sebenarnya tak adalah big problem sangat pun bila orang mymedic2u tu cakap aku boleh tukar universiti ke Turki,sebab universiti kat Turki boleh mohon biasiswa..bila dah separuh jalan mohon,my parents macam tak berapa nak setuju pulak dengan keputusan aku nieh..Alahai hidup..mak cakap,bukan sebab biasiswa tapi takut nanti aku tak cukup duit nak makan..( sayang juga mak kat aku), rasa macam nak meleleh air mata dengar mak cakap<-- sensitif,huh!

Seriously,sebenarnya aku tak pernah terfikir pasal tak cukup duit nak makan..Dan aku tak pernah kisah pun kalau tak cukup duit nak makan.Aku anak sulung,dah biasa buat semua benda sendiri.Aku tahu berdikari.Aku tak tahu patut teruskan permohonan nieh ataupun batalakn saja..Kalau aku dapat nanti,takut orang dekat rumah risau,tapi diri aku macam mana? Impian aku? Cita2 aku?


Thanks for reading :)


AfTeR SPM :)
Ahad, 8 Disember 2013 ? 0 Budak Comel ?
Assalamualaikum..jyeah,akhirnya boleh menulis lagi..rasa segar bugar bila jumpa balik blog kesayangan ni.Hurm,SPM dah selesai..bak kata Bonda Rohana (my beloved principal) "dah habis satu bab kehidupan."

       Dah habis satu bab kehidupan... Entah kenapa kata2 tu masih terngiang-ngiang di telinga.Sebaris kata yang bukan sekadar komen biasa-biasa di laman Facebook aku.
Jadi,bila habis SPM aku mula sedar banyak benda dalam hidup ini akan berubah,whether you like it or not,whether you want it or not...it will change.Absolutely change!

NOTE FOR budak2 AFTER SPM :

First of all, kita perlu berubah menjadi seorang yang lebih matang daripada berperangai kebudak-budakan lagi.Kenapa? Sebab kita sedang menuju era kedewasaan.Hahah,poyo gila.But dudes,note this coz this is the fact.Being a teenager was the past and adulthood is the future.So,BE WELL PREPARED!

Next...........???
CARI KERJA..ouch,part ni aku pun rasa malas sangat-sangat.Well, normally budak lepasan SPM akan fikir
"aku muda lagi lol nak kerja"
right??
haha,same goes to me.So,hari-hari goyang kaki lah dekat rumah sampai kaki ni dah tak larat nak goyang sendiri..penat wooo0o0 jadi penganggur terhormat.Hahah,tak tahulah kalau ada orang seronok.BTW,cari kerja tu sebenarnya bagus untuk pengalaman diri,plus boleh tambah duit poket + dapat ringankan beban mak ayah.Hello kawan,takkan dah besar panjang nak suruh parents topupkan telefon lagi kan??

Then,tolong MAK&AYAH!..jyeah,bila lagi nak balas jasa parents kita right? Kalau sebelum ini kita belajar gila2,mak ayah pun tak nak kacau kononnya anak dia nak ambil SPM <--kononnya :p.. lepas result keluar pulak nak sambung belajar.Angkat kaki ada sesapa yang tak pernah berangan nak sambung belajar??Aku berani GIGIT JARI, konfem tak ada! ;)

Last but not least, masa lepas SPM a.k.a. masa tunggu result keluar (dup dap dup dap ) ..normally orang akan pergi ambil lesen.Tak kisahlah lesen kereta or motor..Jangan dok gatai nak amek kenderaan berat pulak,haha..ada hati nak kerja bawak lori eh kawan??Opp,gurau2.. ^^Guys,waktu ni memang the best time la kalau nak amek lesen tapi sebelum itu cerr masukkan tangan dalam poket,tarik keluar tengok ada ONGKOS tak? hurmm?? ada? kalau ada you may go on! Kalau tak ada tak payahlah nak tebiang piii nuhh,,nanti tak pasai-pasai papa kedana.Haha.Beruntunglah bagi mereka yang ditanggung beres oleh PA&MA <--(macam aku :) )

oke,sampai di sini dulu.Got to go..tata,tiitii,tutuuu..Assalamualaikum.Adios amigos!


Thanks for reading :)




Older Post